Khamis, 25 Jun 2009

Semoga selamat....

Penantian Abu Muhammad selama lebih kurang 2 bulan berakhir pada hari sabtu depan (4 Julai) kerana akan menyambut kepulangan 2 jiwa yang disayangi dan dirindui nun jauh dari bumi anbiya' dan bumi barokah Mesir......semoga urusan sayang akan berjalan dengan lancar dan semuanya berjalan mengikut ketentuan yang maha agung.....semoga usaha Umi untuk menamatkan pengajian tu terlaksana dan mendapat pertolongan dari Allah swt. Terlalu berat bebanan yang ditanggung dah la terpaksa berpisah dengan keluarga dengan kadar yang amat jauh dibebani pula dengan kehadiran seorang lagi yang bakal menghiasi keluarga Abu Muhammad dan kehadiran insan yang dinanti itu menguatkan lagi semangat sayangku dalam perjuangan mencari ilmu allah itu bak kata orang rezeki anak akan membawa tuah...aamin ya Rabb. Umi juga akan menghadapi ujian syafawi quran dan taa'yin madah....itulah ujian terakhir UMI di mesir pada 28 Jun ini....semoga Umi diberikan ketenangan dan kekuatan untuk hadapi semua ujian itu.....Amin...

Sabtu, 13 Jun 2009

Alhamdulillah.....selamat sampai..

Alahamdulillah selamat sampai ke KL tempat diri ini mencari rezeki. Agak penatlah jugak pasal bertolak lewat pasal kena tunggu anak2 semua tidur dulu, kalau tidak menangislah si Muhammad tu.....perjalanan lancar kerana tak banyak kenderaan...tapi terpaksa jugak berhenti sekali untuk tidur sikit pasal ngantuk sangat...cuti ini amat menyeronokkan kerana dapat bermesra dengan anak2...kesian kena tinggal oleh abah n umi tkper la sekali sekala berpisah....Umi pun dah lama dah nak balik dalam 4 minggu jer lagi...sabar lah Balqis n Muhammad.

Isnin, 8 Jun 2009

Bapa mithali.....

Hari ni amat melegakan diri ini kerana kepanasan tubuh Muhammad dah kebah. Risau jugak diri ini kerana semalam memang tubuh Muhammad panas btul risau jugk dibuatnya, dahla tk nak berenggang ngn Abah, disuruhnya dukung sokmo.....penatla jugak tp nak buat mcmana dah anak kena la buat jugak sambil2 sapu air kat kepala agr tubuh cepat sejuk...satu perangai Muhammad ni payah makan ubat mcm abah diala jugak masa kecik2 dulu.....tapi mujurla demam Muhammad tk larat dan ari ni dah ceria, mula main2 dan makan2 tu Alhamdulillah semua tu pemberian dari Allah s.w.t