Sabtu, 22 Ogos 2009

selamat bercuti...

sekarang abu Muhammad berada kat kampung....biasalah menghabiskan cuti sekolah....juga nak hantar Nuha balik kampung....Umi juga katanya nak berpantang kampung...sedihla lepas Abu Muhammad keabina duk sorang2 kat umah....biasa la Abu Muhammad dah bnyk kali berjauhan ngn keluarga ni...duk kat kampung kurang sikit risau pada selsema babi tu....kalau kat kl nak kluar rumah pun risau jugak pasal penularannya dah banyak....nak bwk anak2 keluar rumah pun risau...semoga Allah menghindarkan sebarang malapetaka kepada negara ini....Amin

Khamis, 13 Ogos 2009

Anugerah Ilahi

Alhamdulillah sudah lima hari umur Binti....lahir ke dunia ini yang akan kuberikan namanya Nuha....semoga Nuhaku menjadi anak yang solehah dan berguna kepada keluarga dan agama hendaknya...itulah harapan setiap ibubapa kepada anaknya....inilah Nuhaku pada hari keempat...

Ahad, 9 Ogos 2009

Haza min fadhli Rabbi......

Alhamdulillah Abu Muhammad panjatkan kesyukuran ke hadhrat ilahi kerana dikurniakan anak perempuan yang selamat dilahirkan pada jam 7.06 pm semalam di dewan bersalin Hospital Selayang......semuanya berjalan lancar dan diberikan kemudahan oleh Allah Taala....baby pun sihat walaupun agak kecil iaitu 2.68 kg....memang anak2 Abu Muhammad kecik2 masa lahir..bagus jugak mudah untuk umi bersalin...besar bila dah kluar lagi bagus kan....sekarang makin bertambahla ahli keluarga Abu Muhammad....semoga dengan kehadiran insan baru ini akan dimurahkan lagi rezeki buat kami sekeluarga.....rasanya telah lama Abu Muhammad tidak mencoretkan kata2 dalam blog ni...tu la hakikatnya malas sangat nak taip2 ni......Doakan kami sekeluarga agar diberikan ketenangan dan kenikmatan hidup di dunia dan di akhirat..Amin..