Sabtu, 4 Julai 2009

selamat kembali ke bumi tercinta....

Tepat jam 11.45 pm pesawat Umi selamt mendarat di bumi Malaysia tercinta...pada mula nya risau juga Abu Muhammad yang lama menanti ketibaan Umi kerana mengikut jadual pesawat Umi tiba pada 10.30 pm. Macam2 andaian yang bersarang di kepala...maklumlah Umi tengah sarat tu pahtu bimbang juga kalu pesawat tu mengalami masalah... segalanya dipermudahkan Allah dan mendapat kerahmatan daripadaNYa....sampai juga Umi di bumi yang tercinta ini dengan selamt dan ceria tanpa ada sebarnag masalah yang timbul...terima kasih juga kepada Ustaz yang tolng angkat barang tu kalau tidak tk tahu la mcmana Umi nak angkat yer pasal perut tu dah la sarat kalu angkat berat2 tu beranak kat situ jugak la jawabnya.....hehhehhe gurau jer tu.. Alla kullu fi khairin wa salamatin...

Jumaat, 3 Julai 2009

semoga selamat sampai......

Tinggal 30 jam saja lagi, penantian Abu MUhammad ini akan berakhir setelah 2 bulan lebih terpaksa berpisah dengan insan tersayang...semoga perjalanan Umi tidak mengalami sebarang masalah dan mendapat pertolongan daripada Allah SWT hendaknya....risau juga Abu Muhammad kerana Umi yang tengah sarat tu terpaksa menaiki flight yang perjalanannya agak jauh dan memakan masa 12 jam....semoga sebarang perkara yang tidak diingini tidak berlaku sepanjang perjalanan Umi...Abu MUhammad tidak sabar rasanya untuk menerima kepulangan insan yang dirindui bersama cahayamata baru buat keluarga ini....yang pasti lebih mengharukan lagi ialah pertemuan kembali Umi dengan anak2 yang ditinggalkan tu Balqis wa Muhammad kerana mereka tidak tahu kenapa Umi meninggalkan mereka sedangkan mereka amat menagih kasih sayang Umi....tapi tak mengapalah kerana Umi pergi pun bukan saja-saja jer tapi demi mendalami ilmu-ilmu Allah yang tidak terkira banyaknya untuk diselongkar dan dikaji. Semoga ilmu yang diperolehi itu mendapat keberkatan dariNya dan janganlah dengan ilmu itu kita lupa akan hakikat sebenar kita yang amat lemah dan sedikit sahaja sebenarnya ilmu yang kita kuasai jika nak dibandingkan dengan ilmu Allah yang tidak terhitung banyaknya itu..bak kata orang jangan lupa daratan dan sedarlah kita ini makhluk yang mempunyai banyak kelemahan dan kesempurnaan yang hakiki adalah Rabbul Jalil..

Khamis, 2 Julai 2009