Jumaat, 3 Julai 2009
semoga selamat sampai......
Tinggal 30 jam saja lagi, penantian Abu MUhammad ini akan berakhir setelah 2 bulan lebih terpaksa berpisah dengan insan tersayang...semoga perjalanan Umi tidak mengalami sebarang masalah dan mendapat pertolongan daripada Allah SWT hendaknya....risau juga Abu Muhammad kerana Umi yang tengah sarat tu terpaksa menaiki flight yang perjalanannya agak jauh dan memakan masa 12 jam....semoga sebarang perkara yang tidak diingini tidak berlaku sepanjang perjalanan Umi...Abu MUhammad tidak sabar rasanya untuk menerima kepulangan insan yang dirindui bersama cahayamata baru buat keluarga ini....yang pasti lebih mengharukan lagi ialah pertemuan kembali Umi dengan anak2 yang ditinggalkan tu Balqis wa Muhammad kerana mereka tidak tahu kenapa Umi meninggalkan mereka sedangkan mereka amat menagih kasih sayang Umi....tapi tak mengapalah kerana Umi pergi pun bukan saja-saja jer tapi demi mendalami ilmu-ilmu Allah yang tidak terkira banyaknya untuk diselongkar dan dikaji. Semoga ilmu yang diperolehi itu mendapat keberkatan dariNya dan janganlah dengan ilmu itu kita lupa akan hakikat sebenar kita yang amat lemah dan sedikit sahaja sebenarnya ilmu yang kita kuasai jika nak dibandingkan dengan ilmu Allah yang tidak terhitung banyaknya itu..bak kata orang jangan lupa daratan dan sedarlah kita ini makhluk yang mempunyai banyak kelemahan dan kesempurnaan yang hakiki adalah Rabbul Jalil..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan