Ahad, 21 Mac 2010
selamat pulang ke ibukota...
Alhamdulillah aku dan keluarga selamat sampai ke ibu kota setelah seharian duduk dalam kereta dari Air Tawar Besut ke KL melalui Gua Musang.....penatlah juga kerana banyak kenderaan di jalanraya...rasa2nya semua guru kot yang pulang ke kota untuk meneruskan kerja setelah bercuti selama seminggu.Seronok dan puas hati lah kerana dapat bercuti di kampung ni maklumlah setelah kesibukan dan kebisingan kota dapat di leraikan dengan keheningan dan ketenangan kampung...itulah hebatnya berada di kampung...pening pun hilang. Aku juga ada bawa balik sedikit keropok utk buat niaga...rugila balik cuti tempat pengeluar keropok tapi tak berniaga di kl ni...semoga usahaku ini berjaya dan dapat tampung sikit perbelanjaan..
Khamis, 18 Mac 2010
Cuti di Kampung
Hari ini genap seminggu aku berada di kampung bagi menghabiskan cuti yang. Insya Allah besok aku akan berangkat balik ke KL untuk meneruskan kerja sebagai pendidik. Sepanjang cuti ini tidak banyak kerja yang dapat dilakukan kerana pergerakanku terbatas kerana lututku masih belum pulih sepenuhnya. Hari pertamaku di kampung sempat pergi ke Bkt Bading kerana kenduri kahwin 2 pupu aku Rafie, tahniah diucapkan kepada Fei kerana selamatkan berumahtangga, di sana sempatlah juga melawat rumah Tok Sedara. Keesokan harinya aku pergi ke jabat Yayasan Terengganu untuk urusan pinjaman aku dan juga utk minta duit tambang tiket zaujah. Seterusnya aku berangkat ke Besut ke Kampung zaujah, semalam aku ke Binjai, Bachok Kelantan utk berubat lututku yang sakit ini....alahamdulillah semoga segala kesulitan dan musibah ini dihilangkan dan diringankan oleh Allah swt.
Langgan:
Catatan (Atom)