Ahad, 21 Mac 2010
selamat pulang ke ibukota...
Alhamdulillah aku dan keluarga selamat sampai ke ibu kota setelah seharian duduk dalam kereta dari Air Tawar Besut ke KL melalui Gua Musang.....penatlah juga kerana banyak kenderaan di jalanraya...rasa2nya semua guru kot yang pulang ke kota untuk meneruskan kerja setelah bercuti selama seminggu.Seronok dan puas hati lah kerana dapat bercuti di kampung ni maklumlah setelah kesibukan dan kebisingan kota dapat di leraikan dengan keheningan dan ketenangan kampung...itulah hebatnya berada di kampung...pening pun hilang. Aku juga ada bawa balik sedikit keropok utk buat niaga...rugila balik cuti tempat pengeluar keropok tapi tak berniaga di kl ni...semoga usahaku ini berjaya dan dapat tampung sikit perbelanjaan..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan