Isnin, 24 Mei 2010

Minggu Exam

Minggu pelajar2 sekolah menghadapi peperiksaan pertengahan tahun...aku hanya ditugaskan untuk mengawasi dewan dan kelas peperiksaan sahaja....banyak keletah dan gelagat para pelajar ada yang dapat jawab dan ada yang tak tahu dan sesetengahnya tak tahu langsung....kasihan la pulak....apa lah yang dia orang dapt sepanjang pembelajaran mereka...

Jumaat, 21 Mei 2010

Pasrah

2 hari lepas temujanjiku dengan pakar untuk mengetahui perkembangan lututku...amat memeranjatkan kerana hasil pemeriksaan pakar mendapati ligamen dalam lututku telah terputus dan seikit kecederaan pada meniskus, dr mengesyorkan agar pembedahan dibuat untuk mengelakkan kecederaan itu daripada merosakkan rawa lutut yang membawa kepada kecederaan lebih serius...dr memberi peluang untukku berfikir selama sebulan sama ada nak operate ke tidak....entah la masih dalam pertimbangan...kalau dah operate kena rehat lama plak la jawabnya, dulu dah ada sekali buat pembedahan tapi lagi special pasal pembedahan itu dijalankan di UK dan yang paling best free of charge itu lah kehebatan duduk di negara maju mereka menjaga kebajikan mannusia dan kesihatan itu yang terutama kalau di negaraku tercinta ini mungkin banyak kos bagi menampung kos pembedahan itu tengok macam lutut ini dianggarkan kos pembedahannya dalam RM 6000 lebih.....tak tahu lagi dari mana aku ingin mendapatkan wang sebanyak itu kerana aku tiada insurans yang dapat cover itu semua...ni barulah terasa akan kepentingan insuran itu mungkin lepas ini aku akan aktif balik akaun takaful aku dulu...yang dulu mungkin dah expired....semoga aku diberikan kesihatan yang sebaik mungkin untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dengan lebih baik dan sempurna....Amin ya Rabb.

Isnin, 17 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010

Hari ini sambutan hari guru peringkat sekolahku diadakan. banyak aktiviti yang dijalankan bagi memeriahkan lagi sambutan ini. Guru umpama lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain. Antara acara yang menarik dijalankan ialah persembahan daripada guru...kumpulanku membuat persembahan tarian endang yang berasal dari N9...alhamdulillah dapat juga no 2 walaupun rasanya tak lah bagus sangat mungkin orang lain lagi tak bagus kot....juga diumumkan anugerah guru yng telah diundi para pelajar..guru laki paling garang Joe, guru pompuan paling garang Pn Norizan, paling hensem Azwan, plg sporting Jundi....aku tak dapat apa2 anugerah pun....biarlah anugerah apa pun yang penting aku bangga dapat menunaikan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin dan dapat membimbing anak bangsaku menjadi insan soleh dan solehah serta berguna pada bangsa, negara dan agama hendaknya....semoga aku terus komited dengan tugasku ini..