Jumaat, 21 Mei 2010

Pasrah

2 hari lepas temujanjiku dengan pakar untuk mengetahui perkembangan lututku...amat memeranjatkan kerana hasil pemeriksaan pakar mendapati ligamen dalam lututku telah terputus dan seikit kecederaan pada meniskus, dr mengesyorkan agar pembedahan dibuat untuk mengelakkan kecederaan itu daripada merosakkan rawa lutut yang membawa kepada kecederaan lebih serius...dr memberi peluang untukku berfikir selama sebulan sama ada nak operate ke tidak....entah la masih dalam pertimbangan...kalau dah operate kena rehat lama plak la jawabnya, dulu dah ada sekali buat pembedahan tapi lagi special pasal pembedahan itu dijalankan di UK dan yang paling best free of charge itu lah kehebatan duduk di negara maju mereka menjaga kebajikan mannusia dan kesihatan itu yang terutama kalau di negaraku tercinta ini mungkin banyak kos bagi menampung kos pembedahan itu tengok macam lutut ini dianggarkan kos pembedahannya dalam RM 6000 lebih.....tak tahu lagi dari mana aku ingin mendapatkan wang sebanyak itu kerana aku tiada insurans yang dapat cover itu semua...ni barulah terasa akan kepentingan insuran itu mungkin lepas ini aku akan aktif balik akaun takaful aku dulu...yang dulu mungkin dah expired....semoga aku diberikan kesihatan yang sebaik mungkin untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dengan lebih baik dan sempurna....Amin ya Rabb.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan