Rabu, 14 Ogos 2013
Ya Masr..
Lama aku tidak mencoretkan luahan hati dan perasaan dalam blog ini. Hari ini perasaanku menjadi pilu dan sedih tapi lemah nya diri ini kerana tidak dapat berbuat apa2 walaupun melihat gambar saudara2ku di bumi kinanah yang ditembak, dicederakan, diancam dan bermacam2 di lagi oleh bangsa sendiri yang tidak mahu dan takut keadilan serta Islam ini ditegakkan di bumi anbiya. Jauh di sudut hati ini merasakan diri ini lemah jika dibandingkan mereka yang menghadapi rintangan secara langsung bahkan kita hanya pasrah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan dan pertolongan kepada mereka. Yang menyedihkan semua negara Islam membatu. Ini kerana mahu menjaga kepentingan politik dan kedudukan masing2 juga bimbang ancaman kuasa besar dunia. Begitulah juga halnya pemimpin 2 di tanah air ku tercinta yang menyokong pencabulan kuasa ini walaupun kerajaan itu dipilih oleh majoriti rakyat. Pendirian rakyat Mesir tetap utuh dan ampuh di belakang pemimpin yang adil Muhammad Mursi. Allahuakbar. Allahumma unsur ikhwananal muslimin wal mujahidin wal mustadh'afin fi Misr. Allahumma ununsurhum alla munafiqin, alla zolimin wa alla kafirin. air mataku yang mengalir tidak dapat menebus atau sama dengan darah mereka yang tumpah dan mengalir di bumi ini. Aduh! Alangkah kerdilnya diri ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan