Hari ini adalah hari kenduri adikku Nurul Ashikkim yang telah selamat diijabkabulkan semalam. Bermula jam 7 pagi Abu Muhammad bertolak dari rumah di Rumuda, Marang bersama bonda tercinta, kemudian Abu Muhammad menuju ke rumah adik Diana yang ingin tumpang ke sana. selepas daripada itu aku menuju ke Air Tawar besut untuk mengambil anak2ku yang dijaga oleh mertua sepanjang ketiadaan umi di sini. Abu Muhammad sampai disana lbh kurg pukul 10 pagi....kurg lbh sejam Abu Muhammad di sana, kami terus bertolak ke Kuantan melalui jalan KualaBerang- Jabor.......perjalanan agak tenang walaupun ada sedikit gangguan daripada anak sedara yang agak sedikit nakal (nakal2 tapi naik kereta mabuk) tapi itu semua biasalah budak2 katakan...yang paling melucukan ialah semasa sampai kat bdr Muktafi billah iaitu semasa seronok memotong lori tiba2 bunyi letupan yang agak kuat, Abu Muhammad agak terkejut takut tayar kereta ini yang pecah lalu berhenti di bahu jalan tapi alhamdulillah tayar kereta Abu Muhammad ok yang pecahnya tayar lori...hihihihi lawak betul la.....Abu Muhammad meneruskan perjalanan dan lebih kurang pukul 4 kami sampai di rumah Adik Nurul...orang semua dah tiada kerana jemputan sampai pukul 4 jer, kami dijamu juga dengan makanan yang disimpan...l3bih kurang pukul 6.30 ptg kami bertolak ke rumah Che Pah (adik ipar)....setelah selesai solat maghrib n isyak...kami diajak makan oleh Pah n Suami makan kat restoren di Kem Galing....tapi yang menyedihkan ialah ada sedikit kemalangan berlaku kt situ.....anak sedara jatuh dari kerusi budak sampai berdarah habis gusinya......byk jugak darah tu, Abu Muhammad buat apa yang patut nak hentikan darah tu....alhamdulillah akhirnya darah tu berhenti lah jugak....selepas itu kami bertolak dari Kuantan ke KT lbh kurang pukul 10 mlm dan sampai di rumah pukul 3.15 pagi....di sini disertakan beberapa gambar kenangan...
Ahad, 31 Mei 2009
Jumaat, 29 Mei 2009
Hari Akad nikah Adik Nurul
Tanggal 29 Mei 2009 adalah yang amat bahagia bagi adinda Nurul yang selamat diijabkabulkan dengan pasangannya iaitu Muhammad Hamzani.....walaupun dalam majlis itu ada sedikit kekalutan tetapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik...semoga pasangan ini berbahagia hingga ke akhir hayat......Ya Allah berkatila ikatan perkahwinan keduanya dan Engkau satukanlah kedua-duanya dalam keadaan yang baik...di sini disertakan beberapa foto untuk tatapan semua...
"Tok Imam sedang bertanyakan siapa yang akan menjadi saksi"
Abah sedang bertanyakan Nurul untuk mendapatkan kepastian..
Nurul mencium tangan suami tercinta selepas sarungkan cincin
ciuman kasih dari suami tersayang
Inilah pasangan bahagia adik Nurul & Hamzani..
Jumaat, 22 Mei 2009
Renungan..........
Telah terang lagi bersuluh bahawa undang-undang ciptaan manusia tidak menjamin keadilan yang sebenarnya....kita memang boleh melanggar perundangan yang ditetapkan oleh manusia kerana ia mempunyai banyak kelemahan akan tetapi perundangan yang Maha Agung tiada sesiapapun yang dapat menyangkal dan menempelak akan keadilannya melainkan mereka yang tidak beriman kepada allah......Perundangan manusia boleh berubah-berubah sekejap begini dan sekejap begitu , keputusannya tidak tetap......itulah yang membuktikan kelemahan undang-undang ciptaan manusia......benarlah maksud FirmanNya "barangsiapa tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, mereka adalah di kalangan orang2 yang zalim...." Sama-samalah kita berdoa agar negara kita yang tercinta ini dapat dilaksanakan perundangan yang benar-benar adil dan menjamin kesejahteraan hidup kita di dunia mahupun di akhirat...
Rabu, 20 Mei 2009
Bingkisan kata.........
Kita manusia ini tidak lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.....itulah hakikat kejadian dan fitrah manusia....yang maha sempurna adalah Rabbul Jalil......kekadang tu kita sebagai hamba Allah yang hina ini mudah untuk melihat kelemahan orang lain tetapi amat sukar untuk nampak kelemahan pada diri sendiri......jika tiada orang yang menasihati dan menegur kita, kita akan terus hanyut dengan kesalahan yang kita lakukan. Apa yang paling penting ialah sikap kita yang boleh menerima teguran dan nasihat daripada orang lain kerana itulah cara yang boleh mengubah diri kita daripada yang tak baik kepada yang lebih baik. Manusia ini memang mudah untuk mengikut hawa nafsu mereka tetapi amat payah untuk melakukan kebenaran hakiki yang datang daripada pemilik semesta alam ini....
Isnin, 18 Mei 2009
Sambutan Hari Guru 09
Hari ni sambutan hari guru kat sekolah......banyak acara yang Abdul Mughith masuk.......antaranya ambil guli guna chopstik dah tk pernah guna benda tu disuruhnya pula kita ambil guli tu. dengan kayu chop tu.....susahla juga terkial-kial pada mulanya tapi alhamdulillah lepas dapat tunjuk ajar daripada kawan dapat juga buat....bukan main gembiranya Abdul Mughith.....banyak jugak guli yang dapat disepit, lepas ni boleh la ajak Abdul Mughith makan kat restoren Cina Ma.....pahtu ada acara golek rim motosikal....Abdul Mughith memang xpert la dlam bab golek menggolek ni bleh jadi racer la pahni....Selepas selesai acara sukaneka tu tak disangka2 group Abdul Mughith dapat no satu...dah la dari kump 1......rasanya sambutan hari guru tahu ni begitu meriah kerana banyak acara yang diadakan, apa yang penting mengeratkan lagi hubungan antara para guru kat sekolah....tu yang terpenting kerana tanpa hubungan yang baik sukar untuk dilaksanakan kerja2 yang memerlukan tenaga ramai....pesanan utk para guru didiklah anak murid dengan penuh amanah dan bertanggungjawab supaya mereka menjadi manusia berguna sama ada di dunia mahupun akhirat..
Ahad, 17 Mei 2009
Untuk umi yang jauh...
Besok adalah hari perhitungan pertama umi dalam pertarungan menghadapi imtihan....Umi akan imtihan madah Quran.....aku mengharapkan umi dapat hadapi ujian dengan tenang dan tabah serta yakin....aku yakin umi dapat buat yang terbaik dan berpuas hati dengan kemampuan yang ada....insya allah jika ada kesungguhan akan ada kemudahan dan diberikan jalan olehNya...Aku akan sentiasa mendoakan kejayaan umi agar umi dapat penuhi cita-cita yang diidamkan selama ini...janganlah umi risau ingatla pepatah arab ada menyatakan.....من جد وجد...... Ya Allah berilah kejayaan kepada umi dan ingatan yang sebaiknya dan Engkau jauhilah dari gangguan yang tidak sepatutnya...Amin ya rabbal alamin....
Selasa, 12 Mei 2009
Renungan..........
Kita manusia tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan......itulah hakikat kita sebagai hamba allah yang harus akur dengan kalqillah....kita amat berharap kepada panduan dan rujukan untuk menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini.......dalam perjalanan untuk menuju negeri yang kekal abadi dan menjadi tempat perhitungan kita sebagai hambaNYa sama ada ditempatkan di kalangan mereka yang soleh ataupun yang tholeh......rentetan daripada itulah kita mesti hidup berpandukan dua rujukan yang agung yang pernah diucapkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw. Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat di kalangan kamu selepasku selagi mana kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah pengajaranku....tetapi manusia ini walaupun telah diberikan panduan dan tunjuk ajar mereka masih tetap hidup dengan berpandukan pengajaran yang selainnya.......akhirnya jalan dan penyelesaian yang mereka ambil akan menemui jalan buntu dan akan berlaku pelbagai kepincangan........hakikatnya untuk mendapatkan penyelesaian terbaik dalam segala hal untuk mengharungi kehidupan di dunia kita mestilah merujuk kepada dua rujukan yang agung tadi kerna allah juga berfirman yang maksudnya: jika sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu hal, maka hendaklah kamu kembali kepada Allah dan rasulNya...
Sabtu, 9 Mei 2009
sekadar bingkisan
Hari ini kita tengok keadaan politik di negara kita agak tidak stabil....sedih rasanya keadaan ini terus berlaku....bilakah keadaan negaraku nak jadi aman dan stabil......biarlah negara ini diperintah mereka yang sebenar-benarnya mahukan keadilan......janganlah kerana gilakan kuasa semua peraturan dan perlembagaan dicabuli....sama-samalah kita fikirkan bersama...
Jumaat, 8 Mei 2009
Rabu, 6 Mei 2009
Ingatkan umi
Tak tahu la malam ni fikiranku teringatkan umi....mungkin umi juga sama...aku tahu umi sekarang begitu tekun mentelaah pelajaran untuk menghadapi imtihan yang bakal menjelang tiba...umi akan memulakan imtihannya pada 18 Mei ini...aku sentiasa mendoakan kejayaan umi agar cita-cita yang diidam-idamkan selama ini tercapai...aku tahu terlalu banyak dugaan dan rintangan yang umi hadapi....tapi kerana ketabahan dan kekuatan jiwa umi......segala rintangan dan masalah itu dapat dihadapi dengan tenang...bak kata pepatah ala bisa tegal biasa...
Sabarla umi masa 2 bulan itu sebentar sahaja...pejam celik pejam celik jer....kuatkan diri dan persiapan yang sebaiknya....
Sabarla umi masa 2 bulan itu sebentar sahaja...pejam celik pejam celik jer....kuatkan diri dan persiapan yang sebaiknya....
Isnin, 4 Mei 2009
Luahan.....
Hari ni aku berasa kesunyian ......maklumlah duduk sorang-sorang. lebih-lebih lagi baru jer balik dari kampung tengok keadaan anak-anak...alhamdulillah mereka semua sihat...... walaupun pada mula aku sampai macam belangkas jadinya. Biasala tu budak-budak kalau dah tinggal lama gitu la jadinya, teringat kat abah dia ni...yang lebih menyedihkan lagi dia orang asyik tanya umi.....dia orang tak tahu yang umi mereka tinggal jauh untuk menamatkan pelajaran...semoga umi berjaya...abah sentiasa mendoakan umi...
Jumaat, 1 Mei 2009
Manisnya dia senyum....pandai kakak ni bergaya, jangan besar nanti jadi model lah pulak...
sedapnya adik Muhammad tidur........
sedapnya adik Muhammad tidur........
Langgan:
Catatan (Atom)