Kita manusia ini tidak lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.....itulah hakikat kejadian dan fitrah manusia....yang maha sempurna adalah Rabbul Jalil......kekadang tu kita sebagai hamba Allah yang hina ini mudah untuk melihat kelemahan orang lain tetapi amat sukar untuk nampak kelemahan pada diri sendiri......jika tiada orang yang menasihati dan menegur kita, kita akan terus hanyut dengan kesalahan yang kita lakukan. Apa yang paling penting ialah sikap kita yang boleh menerima teguran dan nasihat daripada orang lain kerana itulah cara yang boleh mengubah diri kita daripada yang tak baik kepada yang lebih baik. Manusia ini memang mudah untuk mengikut hawa nafsu mereka tetapi amat payah untuk melakukan kebenaran hakiki yang datang daripada pemilik semesta alam ini....
Rabu, 20 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan