Hari ini adalah hari kenduri adikku Nurul Ashikkim yang telah selamat diijabkabulkan semalam. Bermula jam 7 pagi Abu Muhammad bertolak dari rumah di Rumuda, Marang bersama bonda tercinta, kemudian Abu Muhammad menuju ke rumah adik Diana yang ingin tumpang ke sana. selepas daripada itu aku menuju ke Air Tawar besut untuk mengambil anak2ku yang dijaga oleh mertua sepanjang ketiadaan umi di sini. Abu Muhammad sampai disana lbh kurg pukul 10 pagi....kurg lbh sejam Abu Muhammad di sana, kami terus bertolak ke Kuantan melalui jalan KualaBerang- Jabor.......perjalanan agak tenang walaupun ada sedikit gangguan daripada anak sedara yang agak sedikit nakal (nakal2 tapi naik kereta mabuk) tapi itu semua biasalah budak2 katakan...yang paling melucukan ialah semasa sampai kat bdr Muktafi billah iaitu semasa seronok memotong lori tiba2 bunyi letupan yang agak kuat, Abu Muhammad agak terkejut takut tayar kereta ini yang pecah lalu berhenti di bahu jalan tapi alhamdulillah tayar kereta Abu Muhammad ok yang pecahnya tayar lori...hihihihi lawak betul la.....Abu Muhammad meneruskan perjalanan dan lebih kurang pukul 4 kami sampai di rumah Adik Nurul...orang semua dah tiada kerana jemputan sampai pukul 4 jer, kami dijamu juga dengan makanan yang disimpan...l3bih kurang pukul 6.30 ptg kami bertolak ke rumah Che Pah (adik ipar)....setelah selesai solat maghrib n isyak...kami diajak makan oleh Pah n Suami makan kat restoren di Kem Galing....tapi yang menyedihkan ialah ada sedikit kemalangan berlaku kt situ.....anak sedara jatuh dari kerusi budak sampai berdarah habis gusinya......byk jugak darah tu, Abu Muhammad buat apa yang patut nak hentikan darah tu....alhamdulillah akhirnya darah tu berhenti lah jugak....selepas itu kami bertolak dari Kuantan ke KT lbh kurang pukul 10 mlm dan sampai di rumah pukul 3.15 pagi....di sini disertakan beberapa gambar kenangan...
Ahad, 31 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan