Isnin, 24 Mei 2010

Minggu Exam

Minggu pelajar2 sekolah menghadapi peperiksaan pertengahan tahun...aku hanya ditugaskan untuk mengawasi dewan dan kelas peperiksaan sahaja....banyak keletah dan gelagat para pelajar ada yang dapat jawab dan ada yang tak tahu dan sesetengahnya tak tahu langsung....kasihan la pulak....apa lah yang dia orang dapt sepanjang pembelajaran mereka...

Jumaat, 21 Mei 2010

Pasrah

2 hari lepas temujanjiku dengan pakar untuk mengetahui perkembangan lututku...amat memeranjatkan kerana hasil pemeriksaan pakar mendapati ligamen dalam lututku telah terputus dan seikit kecederaan pada meniskus, dr mengesyorkan agar pembedahan dibuat untuk mengelakkan kecederaan itu daripada merosakkan rawa lutut yang membawa kepada kecederaan lebih serius...dr memberi peluang untukku berfikir selama sebulan sama ada nak operate ke tidak....entah la masih dalam pertimbangan...kalau dah operate kena rehat lama plak la jawabnya, dulu dah ada sekali buat pembedahan tapi lagi special pasal pembedahan itu dijalankan di UK dan yang paling best free of charge itu lah kehebatan duduk di negara maju mereka menjaga kebajikan mannusia dan kesihatan itu yang terutama kalau di negaraku tercinta ini mungkin banyak kos bagi menampung kos pembedahan itu tengok macam lutut ini dianggarkan kos pembedahannya dalam RM 6000 lebih.....tak tahu lagi dari mana aku ingin mendapatkan wang sebanyak itu kerana aku tiada insurans yang dapat cover itu semua...ni barulah terasa akan kepentingan insuran itu mungkin lepas ini aku akan aktif balik akaun takaful aku dulu...yang dulu mungkin dah expired....semoga aku diberikan kesihatan yang sebaik mungkin untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dengan lebih baik dan sempurna....Amin ya Rabb.

Isnin, 17 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010

Hari ini sambutan hari guru peringkat sekolahku diadakan. banyak aktiviti yang dijalankan bagi memeriahkan lagi sambutan ini. Guru umpama lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain. Antara acara yang menarik dijalankan ialah persembahan daripada guru...kumpulanku membuat persembahan tarian endang yang berasal dari N9...alhamdulillah dapat juga no 2 walaupun rasanya tak lah bagus sangat mungkin orang lain lagi tak bagus kot....juga diumumkan anugerah guru yng telah diundi para pelajar..guru laki paling garang Joe, guru pompuan paling garang Pn Norizan, paling hensem Azwan, plg sporting Jundi....aku tak dapat apa2 anugerah pun....biarlah anugerah apa pun yang penting aku bangga dapat menunaikan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin dan dapat membimbing anak bangsaku menjadi insan soleh dan solehah serta berguna pada bangsa, negara dan agama hendaknya....semoga aku terus komited dengan tugasku ini..

Ahad, 21 Mac 2010

selamat pulang ke ibukota...

Alhamdulillah aku dan keluarga selamat sampai ke ibu kota setelah seharian duduk dalam kereta dari Air Tawar Besut ke KL melalui Gua Musang.....penatlah juga kerana banyak kenderaan di jalanraya...rasa2nya semua guru kot yang pulang ke kota untuk meneruskan kerja setelah bercuti selama seminggu.Seronok dan puas hati lah kerana dapat bercuti di kampung ni maklumlah setelah kesibukan dan kebisingan kota dapat di leraikan dengan keheningan dan ketenangan kampung...itulah hebatnya berada di kampung...pening pun hilang. Aku juga ada bawa balik sedikit keropok utk buat niaga...rugila balik cuti tempat pengeluar keropok tapi tak berniaga di kl ni...semoga usahaku ini berjaya dan dapat tampung sikit perbelanjaan..

Khamis, 18 Mac 2010

Cuti di Kampung

Hari ini genap seminggu aku berada di kampung bagi menghabiskan cuti yang. Insya Allah besok aku akan berangkat balik ke KL untuk meneruskan kerja sebagai pendidik. Sepanjang cuti ini tidak banyak kerja yang dapat dilakukan kerana pergerakanku terbatas kerana lututku masih belum pulih sepenuhnya. Hari pertamaku di kampung sempat pergi ke Bkt Bading kerana kenduri kahwin 2 pupu aku Rafie, tahniah diucapkan kepada Fei kerana selamatkan berumahtangga, di sana sempatlah juga melawat rumah Tok Sedara. Keesokan harinya aku pergi ke jabat Yayasan Terengganu untuk urusan pinjaman aku dan juga utk minta duit tambang tiket zaujah. Seterusnya aku berangkat ke Besut ke Kampung zaujah, semalam aku ke Binjai, Bachok Kelantan utk berubat lututku yang sakit ini....alahamdulillah semoga segala kesulitan dan musibah ini dihilangkan dan diringankan oleh Allah swt.

Jumaat, 5 Februari 2010

Lama tak menaip......

Sudah lama menyepi dari sebarang coretan dalam ruangan ini....kini rasa tergerak pula hati nak menukilkan serba sedikit apa yang terbuku di hati. Tika ini pergerakanku amat terbatas kerana malang tidak berbau semasa aku bermain badminton bersama kawan2, aku begitu teruja nak buat jumping smash tapi semasa landing kaki jatuh tk baik lalu tergelincir sedikit...lalu terjelepok dan tk dapat berpijak lagi....sahabatku terpaksa menghantarku pulang kerana aku tk boleh nak drive. Keesokannya aku pergi buat pemeriksaan doktor..hasil daripada itu Dr kata ligamen lututku cedera skit dan akan refer pada pakar pada 17/2 ni tak tahu la apa yang diperolehi daripada pemeriksaan itu nanti...harapnya semua dalam keadaan baik. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik..