Rabu, 14 Ogos 2013

Ya Masr..

Lama aku tidak mencoretkan luahan hati dan perasaan dalam blog ini. Hari ini perasaanku menjadi pilu dan sedih tapi lemah nya diri ini kerana tidak dapat berbuat apa2 walaupun melihat gambar saudara2ku di bumi kinanah yang ditembak, dicederakan, diancam dan bermacam2 di lagi oleh bangsa sendiri yang tidak mahu dan takut keadilan serta Islam ini ditegakkan di bumi anbiya. Jauh di sudut hati ini merasakan diri ini lemah jika dibandingkan mereka yang menghadapi rintangan secara langsung bahkan kita hanya pasrah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan dan pertolongan kepada mereka. Yang menyedihkan semua negara Islam membatu. Ini kerana mahu menjaga kepentingan politik dan kedudukan masing2 juga bimbang ancaman kuasa besar dunia. Begitulah juga halnya pemimpin 2 di tanah air ku tercinta yang menyokong pencabulan kuasa ini walaupun kerajaan itu dipilih oleh majoriti rakyat. Pendirian rakyat Mesir tetap utuh dan ampuh di belakang pemimpin yang adil Muhammad Mursi. Allahuakbar. Allahumma unsur ikhwananal muslimin wal mujahidin wal mustadh'afin fi Misr. Allahumma ununsurhum alla munafiqin, alla zolimin wa alla kafirin. air mataku yang mengalir tidak dapat menebus atau sama dengan darah mereka yang tumpah dan mengalir di bumi ini. Aduh! Alangkah kerdilnya diri ini.

Isnin, 5 Mac 2012

coretan....

semalam aku tersentak apabila ditanya oleh seorang PAR yang tidak berpuas hati denganku...aku dituduh menyebarkan fitnah kepada guru-guru bahawa dia dibezakan dengan dengan kerani yang telah ditukarkan...begitulah ceritanya jika kita mendapat dari sumber yang tidak betul....sedarlah diri tu kalu kita telah melakukan kesilapan...semua di dunia ini tidak kekal dan akan fana segalanya...janganlah kita suka menghkhianati dan menzalimi orang lain kerana satu masa nanti kita juga akan dibalas dengan yang setimpalnya oleh Allah Taala..sungguh banyak ujian yang ditimpakan Allah untuk menguji hambaNYA....ujian tempat kerja, ujian sakit keluarga....semua itu adalah bagi menguji iman kita kepada Allah Taala....Aku mengharapkan agar dilindungi Allah daripada menabur fitnah yang dosanya lebih besar daripada membunuh..

Khamis, 1 Mac 2012

Mengisi masa terluang....

Salam...kesempatan masa terluang ini, ingin saja diri ini mencoretkan beberapa bait kata yang boleh meluahkan hati dan perasaan ini....Manusia ini memang banyak kerenah dan ragam mereka...ada yang tenang, ada yang suka ambil kesempatan dan ada juga yng suka jaga tepi kain orang lain...janganlah kita berlagak untuk jalani kehidupan di dunia ini kerana kita tidak hidup menongkat langit tetapi kita adalah seorang hamba yang amat hina di sisiNYA....tiada yang paling manis dan berharga hidup di dunia ini melainkan mendapat rahmat serta keberkatan Ilahi dan dimasukkan di kalangan orang2 yang soleh solehah di akhirat nanti....

Khamis, 23 Februari 2012

fitnah....

tak tahu la apa nak jadi dengan manusia yang suka mengadu domba dan membat fitnah..mereka tidak sedar bahawa dosa fitnah itu lebih besar daripada membunuh...jika kita ingin melakukan kebaikan ada saja orang yang akan mengata dan tidak berpuas hati dengan apa yang akan dilakukan...itu la perangai manusia jika hidup tidak berpaksi dan berpandu kepada agama, al-Quran dan sunnah..ketahuilah bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara sahaja, tiada yang lebih berharga untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini melainkan mendapat keredhaan Allah swt. kehidupan yang sementara ini hanyalah jalan untuk menuju ke negeri yang kekal abadi, negeri perhitungan amalan kita sama ada baik atau buruk, ditempatkan di kalangan mereka yang soleh atau tidak...oleh itu jauhilah perangai suka memfitnah dan mengadu domba ini, tiada untungnya melainkan mendapatkan kemurkaan daripada Allah swt.

Isnin, 21 Mac 2011

sabar..

Ini sudah minggu ke 15 minngu aku berada di rumah bercuti kerana operate lutut. kalau nak ikutkan hati memang seronok tetapi cuti lama2 ni boring jgk, nak buat macamana doktor nasihatkan agar cuti lagi kerana kecederaan lutut ni memang ambil masa untuk recovery. Ini juga masa yang mendebarkan bagiku kerana menunggu kedatangan orang baru yang dijangkakan lahir pada 29 Mac tapi tak tahu la pasal kebiasaan isteri lahirkan anak seminggu lebih awal...tak sabar rasanya menunggu kedatangan seorang lagi hero yang boleh jadi teman Muhammad bermain. Semoga kedatangan orang baru ini lebih membawa sinar dalam kehidupan kami sekeluarga..

Isnin, 24 Mei 2010

Minggu Exam

Minggu pelajar2 sekolah menghadapi peperiksaan pertengahan tahun...aku hanya ditugaskan untuk mengawasi dewan dan kelas peperiksaan sahaja....banyak keletah dan gelagat para pelajar ada yang dapat jawab dan ada yang tak tahu dan sesetengahnya tak tahu langsung....kasihan la pulak....apa lah yang dia orang dapt sepanjang pembelajaran mereka...

Jumaat, 21 Mei 2010

Pasrah

2 hari lepas temujanjiku dengan pakar untuk mengetahui perkembangan lututku...amat memeranjatkan kerana hasil pemeriksaan pakar mendapati ligamen dalam lututku telah terputus dan seikit kecederaan pada meniskus, dr mengesyorkan agar pembedahan dibuat untuk mengelakkan kecederaan itu daripada merosakkan rawa lutut yang membawa kepada kecederaan lebih serius...dr memberi peluang untukku berfikir selama sebulan sama ada nak operate ke tidak....entah la masih dalam pertimbangan...kalau dah operate kena rehat lama plak la jawabnya, dulu dah ada sekali buat pembedahan tapi lagi special pasal pembedahan itu dijalankan di UK dan yang paling best free of charge itu lah kehebatan duduk di negara maju mereka menjaga kebajikan mannusia dan kesihatan itu yang terutama kalau di negaraku tercinta ini mungkin banyak kos bagi menampung kos pembedahan itu tengok macam lutut ini dianggarkan kos pembedahannya dalam RM 6000 lebih.....tak tahu lagi dari mana aku ingin mendapatkan wang sebanyak itu kerana aku tiada insurans yang dapat cover itu semua...ni barulah terasa akan kepentingan insuran itu mungkin lepas ini aku akan aktif balik akaun takaful aku dulu...yang dulu mungkin dah expired....semoga aku diberikan kesihatan yang sebaik mungkin untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dengan lebih baik dan sempurna....Amin ya Rabb.

Isnin, 17 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010

Hari ini sambutan hari guru peringkat sekolahku diadakan. banyak aktiviti yang dijalankan bagi memeriahkan lagi sambutan ini. Guru umpama lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain. Antara acara yang menarik dijalankan ialah persembahan daripada guru...kumpulanku membuat persembahan tarian endang yang berasal dari N9...alhamdulillah dapat juga no 2 walaupun rasanya tak lah bagus sangat mungkin orang lain lagi tak bagus kot....juga diumumkan anugerah guru yng telah diundi para pelajar..guru laki paling garang Joe, guru pompuan paling garang Pn Norizan, paling hensem Azwan, plg sporting Jundi....aku tak dapat apa2 anugerah pun....biarlah anugerah apa pun yang penting aku bangga dapat menunaikan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin dan dapat membimbing anak bangsaku menjadi insan soleh dan solehah serta berguna pada bangsa, negara dan agama hendaknya....semoga aku terus komited dengan tugasku ini..

Ahad, 21 Mac 2010

selamat pulang ke ibukota...

Alhamdulillah aku dan keluarga selamat sampai ke ibu kota setelah seharian duduk dalam kereta dari Air Tawar Besut ke KL melalui Gua Musang.....penatlah juga kerana banyak kenderaan di jalanraya...rasa2nya semua guru kot yang pulang ke kota untuk meneruskan kerja setelah bercuti selama seminggu.Seronok dan puas hati lah kerana dapat bercuti di kampung ni maklumlah setelah kesibukan dan kebisingan kota dapat di leraikan dengan keheningan dan ketenangan kampung...itulah hebatnya berada di kampung...pening pun hilang. Aku juga ada bawa balik sedikit keropok utk buat niaga...rugila balik cuti tempat pengeluar keropok tapi tak berniaga di kl ni...semoga usahaku ini berjaya dan dapat tampung sikit perbelanjaan..

Khamis, 18 Mac 2010

Cuti di Kampung

Hari ini genap seminggu aku berada di kampung bagi menghabiskan cuti yang. Insya Allah besok aku akan berangkat balik ke KL untuk meneruskan kerja sebagai pendidik. Sepanjang cuti ini tidak banyak kerja yang dapat dilakukan kerana pergerakanku terbatas kerana lututku masih belum pulih sepenuhnya. Hari pertamaku di kampung sempat pergi ke Bkt Bading kerana kenduri kahwin 2 pupu aku Rafie, tahniah diucapkan kepada Fei kerana selamatkan berumahtangga, di sana sempatlah juga melawat rumah Tok Sedara. Keesokan harinya aku pergi ke jabat Yayasan Terengganu untuk urusan pinjaman aku dan juga utk minta duit tambang tiket zaujah. Seterusnya aku berangkat ke Besut ke Kampung zaujah, semalam aku ke Binjai, Bachok Kelantan utk berubat lututku yang sakit ini....alahamdulillah semoga segala kesulitan dan musibah ini dihilangkan dan diringankan oleh Allah swt.

Jumaat, 5 Februari 2010

Lama tak menaip......

Sudah lama menyepi dari sebarang coretan dalam ruangan ini....kini rasa tergerak pula hati nak menukilkan serba sedikit apa yang terbuku di hati. Tika ini pergerakanku amat terbatas kerana malang tidak berbau semasa aku bermain badminton bersama kawan2, aku begitu teruja nak buat jumping smash tapi semasa landing kaki jatuh tk baik lalu tergelincir sedikit...lalu terjelepok dan tk dapat berpijak lagi....sahabatku terpaksa menghantarku pulang kerana aku tk boleh nak drive. Keesokannya aku pergi buat pemeriksaan doktor..hasil daripada itu Dr kata ligamen lututku cedera skit dan akan refer pada pakar pada 17/2 ni tak tahu la apa yang diperolehi daripada pemeriksaan itu nanti...harapnya semua dalam keadaan baik. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik..

Sabtu, 26 September 2009

Idulfitri...........

Selamat sampai ke kl bumi pencari rezeki setelah seminggu duk di kg merayakan Idulfitri....

Sabtu, 22 Ogos 2009

selamat bercuti...

sekarang abu Muhammad berada kat kampung....biasalah menghabiskan cuti sekolah....juga nak hantar Nuha balik kampung....Umi juga katanya nak berpantang kampung...sedihla lepas Abu Muhammad keabina duk sorang2 kat umah....biasa la Abu Muhammad dah bnyk kali berjauhan ngn keluarga ni...duk kat kampung kurang sikit risau pada selsema babi tu....kalau kat kl nak kluar rumah pun risau jugak pasal penularannya dah banyak....nak bwk anak2 keluar rumah pun risau...semoga Allah menghindarkan sebarang malapetaka kepada negara ini....Amin

Khamis, 13 Ogos 2009

Anugerah Ilahi

Alhamdulillah sudah lima hari umur Binti....lahir ke dunia ini yang akan kuberikan namanya Nuha....semoga Nuhaku menjadi anak yang solehah dan berguna kepada keluarga dan agama hendaknya...itulah harapan setiap ibubapa kepada anaknya....inilah Nuhaku pada hari keempat...

Ahad, 9 Ogos 2009

Haza min fadhli Rabbi......

Alhamdulillah Abu Muhammad panjatkan kesyukuran ke hadhrat ilahi kerana dikurniakan anak perempuan yang selamat dilahirkan pada jam 7.06 pm semalam di dewan bersalin Hospital Selayang......semuanya berjalan lancar dan diberikan kemudahan oleh Allah Taala....baby pun sihat walaupun agak kecil iaitu 2.68 kg....memang anak2 Abu Muhammad kecik2 masa lahir..bagus jugak mudah untuk umi bersalin...besar bila dah kluar lagi bagus kan....sekarang makin bertambahla ahli keluarga Abu Muhammad....semoga dengan kehadiran insan baru ini akan dimurahkan lagi rezeki buat kami sekeluarga.....rasanya telah lama Abu Muhammad tidak mencoretkan kata2 dalam blog ni...tu la hakikatnya malas sangat nak taip2 ni......Doakan kami sekeluarga agar diberikan ketenangan dan kenikmatan hidup di dunia dan di akhirat..Amin..

Sabtu, 4 Julai 2009

selamat kembali ke bumi tercinta....

Tepat jam 11.45 pm pesawat Umi selamt mendarat di bumi Malaysia tercinta...pada mula nya risau juga Abu Muhammad yang lama menanti ketibaan Umi kerana mengikut jadual pesawat Umi tiba pada 10.30 pm. Macam2 andaian yang bersarang di kepala...maklumlah Umi tengah sarat tu pahtu bimbang juga kalu pesawat tu mengalami masalah... segalanya dipermudahkan Allah dan mendapat kerahmatan daripadaNYa....sampai juga Umi di bumi yang tercinta ini dengan selamt dan ceria tanpa ada sebarnag masalah yang timbul...terima kasih juga kepada Ustaz yang tolng angkat barang tu kalau tidak tk tahu la mcmana Umi nak angkat yer pasal perut tu dah la sarat kalu angkat berat2 tu beranak kat situ jugak la jawabnya.....hehhehhe gurau jer tu.. Alla kullu fi khairin wa salamatin...

Jumaat, 3 Julai 2009

semoga selamat sampai......

Tinggal 30 jam saja lagi, penantian Abu MUhammad ini akan berakhir setelah 2 bulan lebih terpaksa berpisah dengan insan tersayang...semoga perjalanan Umi tidak mengalami sebarang masalah dan mendapat pertolongan daripada Allah SWT hendaknya....risau juga Abu Muhammad kerana Umi yang tengah sarat tu terpaksa menaiki flight yang perjalanannya agak jauh dan memakan masa 12 jam....semoga sebarang perkara yang tidak diingini tidak berlaku sepanjang perjalanan Umi...Abu MUhammad tidak sabar rasanya untuk menerima kepulangan insan yang dirindui bersama cahayamata baru buat keluarga ini....yang pasti lebih mengharukan lagi ialah pertemuan kembali Umi dengan anak2 yang ditinggalkan tu Balqis wa Muhammad kerana mereka tidak tahu kenapa Umi meninggalkan mereka sedangkan mereka amat menagih kasih sayang Umi....tapi tak mengapalah kerana Umi pergi pun bukan saja-saja jer tapi demi mendalami ilmu-ilmu Allah yang tidak terkira banyaknya untuk diselongkar dan dikaji. Semoga ilmu yang diperolehi itu mendapat keberkatan dariNya dan janganlah dengan ilmu itu kita lupa akan hakikat sebenar kita yang amat lemah dan sedikit sahaja sebenarnya ilmu yang kita kuasai jika nak dibandingkan dengan ilmu Allah yang tidak terhitung banyaknya itu..bak kata orang jangan lupa daratan dan sedarlah kita ini makhluk yang mempunyai banyak kelemahan dan kesempurnaan yang hakiki adalah Rabbul Jalil..

Khamis, 2 Julai 2009

Khamis, 25 Jun 2009

Semoga selamat....

Penantian Abu Muhammad selama lebih kurang 2 bulan berakhir pada hari sabtu depan (4 Julai) kerana akan menyambut kepulangan 2 jiwa yang disayangi dan dirindui nun jauh dari bumi anbiya' dan bumi barokah Mesir......semoga urusan sayang akan berjalan dengan lancar dan semuanya berjalan mengikut ketentuan yang maha agung.....semoga usaha Umi untuk menamatkan pengajian tu terlaksana dan mendapat pertolongan dari Allah swt. Terlalu berat bebanan yang ditanggung dah la terpaksa berpisah dengan keluarga dengan kadar yang amat jauh dibebani pula dengan kehadiran seorang lagi yang bakal menghiasi keluarga Abu Muhammad dan kehadiran insan yang dinanti itu menguatkan lagi semangat sayangku dalam perjuangan mencari ilmu allah itu bak kata orang rezeki anak akan membawa tuah...aamin ya Rabb. Umi juga akan menghadapi ujian syafawi quran dan taa'yin madah....itulah ujian terakhir UMI di mesir pada 28 Jun ini....semoga Umi diberikan ketenangan dan kekuatan untuk hadapi semua ujian itu.....Amin...

Sabtu, 13 Jun 2009

Alhamdulillah.....selamat sampai..

Alahamdulillah selamat sampai ke KL tempat diri ini mencari rezeki. Agak penatlah jugak pasal bertolak lewat pasal kena tunggu anak2 semua tidur dulu, kalau tidak menangislah si Muhammad tu.....perjalanan lancar kerana tak banyak kenderaan...tapi terpaksa jugak berhenti sekali untuk tidur sikit pasal ngantuk sangat...cuti ini amat menyeronokkan kerana dapat bermesra dengan anak2...kesian kena tinggal oleh abah n umi tkper la sekali sekala berpisah....Umi pun dah lama dah nak balik dalam 4 minggu jer lagi...sabar lah Balqis n Muhammad.

Isnin, 8 Jun 2009

Bapa mithali.....

Hari ni amat melegakan diri ini kerana kepanasan tubuh Muhammad dah kebah. Risau jugak diri ini kerana semalam memang tubuh Muhammad panas btul risau jugk dibuatnya, dahla tk nak berenggang ngn Abah, disuruhnya dukung sokmo.....penatla jugak tp nak buat mcmana dah anak kena la buat jugak sambil2 sapu air kat kepala agr tubuh cepat sejuk...satu perangai Muhammad ni payah makan ubat mcm abah diala jugak masa kecik2 dulu.....tapi mujurla demam Muhammad tk larat dan ari ni dah ceria, mula main2 dan makan2 tu Alhamdulillah semua tu pemberian dari Allah s.w.t

Ahad, 31 Mei 2009

Kenduri adik Nurul...

Hari ini adalah hari kenduri adikku Nurul Ashikkim yang telah selamat diijabkabulkan semalam. Bermula jam 7 pagi Abu Muhammad bertolak dari rumah di Rumuda, Marang bersama bonda tercinta, kemudian Abu Muhammad menuju ke rumah adik Diana yang ingin tumpang ke sana. selepas daripada itu aku menuju ke Air Tawar besut untuk mengambil anak2ku yang dijaga oleh mertua sepanjang ketiadaan umi di sini. Abu Muhammad sampai disana lbh kurg pukul 10 pagi....kurg lbh sejam Abu Muhammad di sana, kami terus bertolak ke Kuantan melalui jalan KualaBerang- Jabor.......perjalanan agak tenang walaupun ada sedikit gangguan daripada anak sedara yang agak sedikit nakal (nakal2 tapi naik kereta mabuk) tapi itu semua biasalah budak2 katakan...yang paling melucukan ialah semasa sampai kat bdr Muktafi billah iaitu semasa seronok memotong lori tiba2 bunyi letupan yang agak kuat, Abu Muhammad agak terkejut takut tayar kereta ini yang pecah lalu berhenti di bahu jalan tapi alhamdulillah tayar kereta Abu Muhammad ok yang pecahnya tayar lori...hihihihi lawak betul la.....Abu Muhammad meneruskan perjalanan dan lebih kurang pukul 4 kami sampai di rumah Adik Nurul...orang semua dah tiada kerana jemputan sampai pukul 4 jer, kami dijamu juga dengan makanan yang disimpan...l3bih kurang pukul 6.30 ptg kami bertolak ke rumah Che Pah (adik ipar)....setelah selesai solat maghrib n isyak...kami diajak makan oleh Pah n Suami makan kat restoren di Kem Galing....tapi yang menyedihkan ialah ada sedikit kemalangan berlaku kt situ.....anak sedara jatuh dari kerusi budak sampai berdarah habis gusinya......byk jugak darah tu, Abu Muhammad buat apa yang patut nak hentikan darah tu....alhamdulillah akhirnya darah tu berhenti lah jugak....selepas itu kami bertolak dari Kuantan ke KT lbh kurang pukul 10 mlm dan sampai di rumah pukul 3.15 pagi....di sini disertakan beberapa gambar kenangan...


Jumaat, 29 Mei 2009

Hari Akad nikah Adik Nurul

Tanggal 29 Mei 2009 adalah yang amat bahagia bagi adinda Nurul yang selamat diijabkabulkan dengan pasangannya iaitu Muhammad Hamzani.....walaupun dalam majlis itu ada sedikit kekalutan tetapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik...semoga pasangan ini berbahagia hingga ke akhir hayat......Ya Allah berkatila ikatan perkahwinan keduanya dan Engkau satukanlah kedua-duanya dalam keadaan yang baik...di sini disertakan beberapa foto untuk tatapan semua...


Jumaat, 22 Mei 2009

Renungan..........

Telah terang lagi bersuluh bahawa undang-undang ciptaan manusia tidak menjamin keadilan yang sebenarnya....kita memang boleh melanggar perundangan yang ditetapkan oleh manusia kerana ia mempunyai banyak kelemahan akan tetapi perundangan yang Maha Agung tiada sesiapapun yang dapat menyangkal dan menempelak akan keadilannya melainkan mereka yang tidak beriman kepada allah......Perundangan manusia boleh berubah-berubah sekejap begini dan sekejap begitu , keputusannya tidak tetap......itulah yang membuktikan kelemahan undang-undang ciptaan manusia......benarlah maksud FirmanNya "barangsiapa tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, mereka adalah di kalangan orang2 yang zalim...." Sama-samalah kita berdoa agar negara kita yang tercinta ini dapat dilaksanakan perundangan yang benar-benar adil dan menjamin kesejahteraan hidup kita di dunia mahupun di akhirat...

Rabu, 20 Mei 2009

Bingkisan kata.........

Kita manusia ini tidak lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.....itulah hakikat kejadian dan fitrah manusia....yang maha sempurna adalah Rabbul Jalil......kekadang tu kita sebagai hamba Allah yang hina ini mudah untuk melihat kelemahan orang lain tetapi amat sukar untuk nampak kelemahan pada diri sendiri......jika tiada orang yang menasihati dan menegur kita, kita akan terus hanyut dengan kesalahan yang kita lakukan. Apa yang paling penting ialah sikap kita yang boleh menerima teguran dan nasihat daripada orang lain kerana itulah cara yang boleh mengubah diri kita daripada yang tak baik kepada yang lebih baik. Manusia ini memang mudah untuk mengikut hawa nafsu mereka tetapi amat payah untuk melakukan kebenaran hakiki yang datang daripada pemilik semesta alam ini....

Isnin, 18 Mei 2009

Sambutan Hari Guru 09

Hari ni sambutan hari guru kat sekolah......banyak acara yang Abdul Mughith masuk.......antaranya ambil guli guna chopstik dah tk pernah guna benda tu disuruhnya pula kita ambil guli tu. dengan kayu chop tu.....susahla juga terkial-kial pada mulanya tapi alhamdulillah lepas dapat tunjuk ajar daripada kawan dapat juga buat....bukan main gembiranya Abdul Mughith.....banyak jugak guli yang dapat disepit, lepas ni boleh la ajak Abdul Mughith makan kat restoren Cina Ma.....pahtu ada acara golek rim motosikal....Abdul Mughith memang xpert la dlam bab golek menggolek ni bleh jadi racer la pahni....Selepas selesai acara sukaneka tu tak disangka2 group Abdul Mughith dapat no satu...dah la dari kump 1......rasanya sambutan hari guru tahu ni begitu meriah kerana banyak acara yang diadakan, apa yang penting mengeratkan lagi hubungan antara para guru kat sekolah....tu yang terpenting kerana tanpa hubungan yang baik sukar untuk dilaksanakan kerja2 yang memerlukan tenaga ramai....pesanan utk para guru didiklah anak murid dengan penuh amanah dan bertanggungjawab supaya mereka menjadi manusia berguna sama ada di dunia mahupun akhirat..

Ahad, 17 Mei 2009

Untuk umi yang jauh...

Besok adalah hari perhitungan pertama umi dalam pertarungan menghadapi imtihan....Umi akan imtihan madah Quran.....aku mengharapkan umi dapat hadapi ujian dengan tenang dan tabah serta yakin....aku yakin umi dapat buat yang terbaik dan berpuas hati dengan kemampuan yang ada....insya allah jika ada kesungguhan akan ada kemudahan dan diberikan jalan olehNya...Aku akan sentiasa mendoakan kejayaan umi agar umi dapat penuhi cita-cita yang diidamkan selama ini...janganlah umi risau ingatla pepatah arab ada menyatakan.....من جد وجد...... Ya Allah berilah kejayaan kepada umi dan ingatan yang sebaiknya dan Engkau jauhilah dari gangguan yang tidak sepatutnya...Amin ya rabbal alamin....

Selasa, 12 Mei 2009

Renungan..........

Kita manusia tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan......itulah hakikat kita sebagai hamba allah yang harus akur dengan kalqillah....kita amat berharap kepada panduan dan rujukan untuk menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini.......dalam perjalanan untuk menuju negeri yang kekal abadi dan menjadi tempat perhitungan kita sebagai hambaNYa sama ada ditempatkan di kalangan mereka yang soleh ataupun yang tholeh......rentetan daripada itulah kita mesti hidup berpandukan dua rujukan yang agung yang pernah diucapkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw. Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat di kalangan kamu selepasku selagi mana kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah pengajaranku....tetapi manusia ini walaupun telah diberikan panduan dan tunjuk ajar mereka masih tetap hidup dengan berpandukan pengajaran yang selainnya.......akhirnya jalan dan penyelesaian yang mereka ambil akan menemui jalan buntu dan akan berlaku pelbagai kepincangan........hakikatnya untuk mendapatkan penyelesaian terbaik dalam segala hal untuk mengharungi kehidupan di dunia kita mestilah merujuk kepada dua rujukan yang agung tadi kerna allah juga berfirman yang maksudnya: jika sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu hal, maka hendaklah kamu kembali kepada Allah dan rasulNya...

Sabtu, 9 Mei 2009

sekadar bingkisan

Hari ini kita tengok keadaan politik di negara kita agak tidak stabil....sedih rasanya keadaan ini terus berlaku....bilakah keadaan negaraku nak jadi aman dan stabil......biarlah negara ini diperintah mereka yang sebenar-benarnya mahukan keadilan......janganlah kerana gilakan kuasa semua peraturan dan perlembagaan dicabuli....sama-samalah kita fikirkan bersama...

Rabu, 6 Mei 2009

Ingatkan umi

Tak tahu la malam ni fikiranku teringatkan umi....mungkin umi juga sama...aku tahu umi sekarang begitu tekun mentelaah pelajaran untuk menghadapi imtihan yang bakal menjelang tiba...umi akan memulakan imtihannya pada 18 Mei ini...aku sentiasa mendoakan kejayaan umi agar cita-cita yang diidam-idamkan selama ini tercapai...aku tahu terlalu banyak dugaan dan rintangan yang umi hadapi....tapi kerana ketabahan dan kekuatan jiwa umi......segala rintangan dan masalah itu dapat dihadapi dengan tenang...bak kata pepatah ala bisa tegal biasa...
Sabarla umi masa 2 bulan itu sebentar sahaja...pejam celik pejam celik jer....kuatkan diri dan persiapan yang sebaiknya....

Isnin, 4 Mei 2009

Luahan.....




Hari ni aku berasa kesunyian ......maklumlah duduk sorang-sorang. lebih-lebih lagi baru jer balik dari kampung tengok keadaan anak-anak...alhamdulillah mereka semua sihat...... walaupun pada mula aku sampai macam belangkas jadinya. Biasala tu budak-budak kalau dah tinggal lama gitu la jadinya, teringat kat abah dia ni...yang lebih menyedihkan lagi dia orang asyik tanya umi.....dia orang tak tahu yang umi mereka tinggal jauh untuk menamatkan pelajaran...semoga umi berjaya...abah sentiasa mendoakan umi...

di zoo Feb 2009


Bapa yang penyayang....tengok tu posing ngan anak lagi berlatar belakangkan seekor zirafah

Jumaat, 1 Mei 2009

Manisnya dia senyum....pandai kakak ni bergaya, jangan besar nanti jadi model lah pulak...















sedapnya adik Muhammad tidur........

Rabu, 29 April 2009

Albumku....Kenangan di zoo (9 Feb 2009)


Umi, Balqis dan Muhammad di pintu pagar zoo negara. Saja bawak keluarga jalan-jalan nak tengok binatang.